Total Pageviews

Welcome to Coway Malaysia No.1 BLOG

Welcome to Coway Malaysia No.1 BLOG

Sunday 7 September 2014

Introduction to COWAYBYSALEH.COM




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi apabila webpage Coway by Saleh telah berjaya disiapkan. Idea untuk menghasil web Coway by Saleh muncul apabila saya terpikirkan bagaimana saya hendak menyampaikan tentang kebaikkan produk-produk dan pakej Coway kepada masyarakat di luar sana dengan lebih efektif dan efisien.Banyak orang keliru hendak membeli penapis air yang ada di dalam pasaran di Malaysia.Harapan saya dengan adanya page COWAYBYSALEH.COM
 ini akan membantu ramai lagi rakyat Malaysia untuk memiliki produk penapis air Coway.


Semasa menceburi bidang penjualan penapis air Coway bermula pada tahun 2008, tidak ramai orang mengetahui tentang Coway. Apabila saya mulakan mukadimah dengan bakal pelanggan Coway, banyak yang ragu-ragu dan risau dengan kredibiliti syarikat Coway.
Ramai juga yang menyatakan kalau-kalau syarikat ini akan tenggelam timbul macam syarikat2 multinasional lain yang pernah bertapak di Malaysia. Ada juga yang timbulkan persoalan sistem sewa beli Coway ni tak kan bertahan lama, kerana esok-esok kemungkinan syarikat akan lingkup apabila memberikan berbagai kemudahan dan faedah kepada pelanggan-pelanggan mereka. Tetapi Coway Malaysia masih bertahan dan kekal sebagai Pakar Penulen Air & Udara di Malaysia.Untuk pengetahuan anda semasa Tahun 2008 jumlah jualan syarikat hanyalah sekitar ratusan unit sahaja sebulan. Sekarang setelah hampir 8 tahun Coway di Malaysia jumlah jualan bulanan telah meningkat hampir ke 15,000 unit sebulan. Setakat ini Coway Malaysia telah membantu hampir 300,000 rakyat Malaysia dengan  produk-produk yang sememangnya terbaik dan mantap di dalam pasaran penapisan air.

Sepanjang pengalaman saya berjumpa dengan pelanggan-pelanggan saya, ramai yang kurang faham dan jelas tentang sistem penapis air yang ada didalam pasaran malahan tidak kurang juga ramai juga yang tertipu dengan syarikat-syarikat yang mengambil kesempatan dengan mereka.
Ada pelanggan saya yang pernah menggunakan Jenama X selama beberapa tahun, dan selama penggunaan penapis air itu dirumah mereka tidak pernah melakukan apa-apa servis atau pun penukaran terhadap tabung-tabung filter tersebut. Anda bayangkan selama beberapa tahun, mereka sekeluarga menggunakan penapis air yang tidak ditukar tabung penapisnya selama beberapa tahun.

Alhamdulillah, semasa berjumpa dengan Coway mereka sekeluarga berasa sungguh gembira dan berpuas hati dengan produk Coway. Dengan bayaran bulanan serendah RM 110 mereka boleh menikmati keselesaan  serta kesejahteraan sekeluarga dirumah.Mereka berpuas hati dan rasa tidak ditindas ataupun ditipu apabila membuat keputusan untuk memasang produk Coway di rumah.

Ada juga pengalaman saya yang berjumpa dengan pelanggan Coway di mana mereka sekeluarga memang mementingkan peggunaan air yang bersih dirumah. Dimana kalau nak dikatakan tentang penggunaan tentang penapis air bukan lah satu isu besar. Semenjak tahun 80an lagi semasa orang semua sibuk dengan kemunculan penapis air batu mineral,tetapi tidak bagi mereka sekeluarga yang dah pakai produk penapis air yang lebih advanced lagi.Kalau dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini sahaja, lebih kurang 6 jenis penapis air berjenama yang berbeza telah mereka pasang dirumah. Kalau nak kata beli penapis air ni dah macam tukar langsir time raya setiap tahun pula. Tetapi, semasa berjumpa dengan COWAY, mereka memang sangat gembira kerana kecanggihan teknologi dan sistem pakej sewa beli yang sangat berbaloi-baloi ini.

Untuk pengetahuan anda, saya selalu diajukan soalan tentang ketahanan dan durasi penapis air Coway ni berapa lama ia boleh digunakan?
Jawapan nya adalah 10 Tahun. Apabila anda memiliki produk penapis air Coway, anda sudah tidak perlu risau untuk menukar penapis air yang lain dalam jangka masa 10 tahun. 
HEBAT bukan?

Setiap produk Coway ini telah melalui berbagai ujian-ujian ketahanan, kemampuan, dan berbagai-bagai lagi semasa di dalam proses pembangunan sesebuah produk tersebut. Semasa saya berada di Pusat Penyelidikan Coway di Seoul National Unversiti, saya di beritahu oleh penyelidik-penyelidik di situ dimana setiap produk COWAY yang dipasarkan telah diuji dari segi penggunaan mekanisma sebanyak 1,000,000 kali. Anda bayangkan, sebelum sesebuah produk itu berada di rumah anda, ia telah diujipakai sebanyak 1,000,00 kali.

Ada juga sekitar Tahun 2010 dimana saya berjumpa dengan bakal pelanggan COWAY dimana anak beliau mempunyai masalah pernafasan dan berkahak. Apa yang membuatkan saya berasa terharu anaknya baru sahaja berumur 3bulan. Kalau tak silap saya ia adalah Acute Bronchitis. Apa yang saya lakukan adalah mencadangkan untuk menggunakan produk penulen udara LOMBOK. 
Setelah mendengar penjelasan dan penerangan produk dan sistem pakej COWAY. Mereka sekeluarga bersetuju untuk memasang di rumah. Setelah beberapa bulan, saya terpanggil untuk bertanya kabar pelanggan saya itu. Saya amatlah terkejut apabila diberitahu oleh pelanggan saya, bahawa sakit acute bronchitis yang dihidapi bayi mereka sudah tidak ada lagi. Malahan doktor mengesahkan bahawa hampir 90% sakit itu sudah bebas dari anak mereka.
Alhamdulillah, saya berasa sangat berpuas hati dan gembira dengan hasil keberkesanan produk Coway di rumah mereka. Setelah berpuas hati dengan produk tersebut, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menambahkan lagi produk Coway dirumah. Iaitu penapis air dan tambahan unit untuk penulen udara. Malahan mereka juga telah memperkenalkan kenalan-kenalan dan saudara mereka dengan produk COWAY.
Sehingga sekarang lebih dari 10 kenalan mereka yang telah memilih COWAY sebagai pembantu harian di rumah dengan saya.

Untuk pengetahuan anda yang masih belum menggunakan COWAY, anda akan melalui pengalaman yang sama seperti pelanggan COWAY yang lain. Mungkin pada mulanya untuk anda membuat keputusan untuk memilih COWAY amatlah berat ataupon susah. Bermacam-macam yang bermain di pikiran anda. Iye, jumlah untuk membeli satu penapis air COWAY bukan sedikit, hampir mencecah 3 ribu ringgit.
 Malahan kalau nak sewa pon bulanannya adalah lebih dari RM 100. dan komitmennya pula sehingga 5 tahun.
Tetapi setiap orang ada jodohnya. Jodoh anda dengan COWAY sudahpon dekat apabila anda membaca penulisan saya ini. Percayalah, dengan komitmen lebih kurang RM 120 sebulan, anda akan mengalami satu pengalaman yang berbeza dan berbaloi. Kalau nak dipikirkan panjang-panjang pon, xboleh juga.

Apa-apa pon semuanya bermula dengan tindakan anda. Anda boleh membuat berbagai kajian dan semakan di internet,fesbuk dan lain-lain lagi. Tetapi segalanya akan bermula apabila anda membuat keputusan dan menurunkan tanda tangan di borang permohonan COWAY. Semoga page Coway By Saleh ini akan dapat memberi manfaat dan lebih pencerahan kepada masyarakat di luar sana. Hasrat saya dengan terhasilnyapage Coway By Saleh ini akan membantu lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk memiliki produk COWAY di rumah


Semoga pencarian untuk KESEJAHTERAAN dan KEHARMONIAN anda sekeluarga akan
 terhenti disini.

Salam Coway buat anda!

"Jangan tunggu lama-lama, jangan tunggu lama-lama, nanti dia kan diambil orang."

Salehuddinayub A. Latif



Untuk Penerangan Penuh tentang INFO,PAKEJ & KHIDMAT SERVIS Coway sila layari







1 comment:

  1. The King Casino Online ᐈ Get 50% up to €/$100 + 50 Free Spins
    Get casinosites.one 50% up to https://jancasino.com/review/merit-casino/ €/$100 https://febcasino.com/review/merit-casino/ + 50 Free Spins · Visit the official site · Log in to your Casino Account · If หาเงินออนไลน์ you do not agree gri-go.com to the terms of the terms of the agreement,

    ReplyDelete