Air
sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang
sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70%
daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita
ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh
badan.
1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan
air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan,
minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan
cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila
anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada
biasa.
Apabila
anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu
air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.
2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila
anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda
mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Terutama
sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu
tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus.
Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah
payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti
yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air.
Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan
air), badan dan minda anda juga turut stres.
Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.
Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
4. Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.
Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5. Mencantikkan kulit anda.
Jika
anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air
sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda
perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu
botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.
Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.
Apabila
anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi
lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan,
menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain
serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan
bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran
penghadaman.
Apabila
anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut
dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah
sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar
pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang
minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air
kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk
kristal dan menyebabkan batu karang.
Batu
karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan
cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Adakah anda minum air dengan cukup?
Melalui
saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter
air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda
minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air
mineral.
No comments:
Post a Comment