Total Pageviews

Welcome to Coway Malaysia No.1 BLOG

Welcome to Coway Malaysia No.1 BLOG

Friday 12 September 2014

Saya ke Pusat R&D Centre COWAY, Seoul National Universiti

Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda Trip saya ke Pusat Penyelidikan & Pembangunan Coway (R&D CENTRE), di Seoul National Universiti,Korea Selatan.

Alhamdulillah saya berjaya melayakkan diri saya ke sana semasa Coway menawarkan Insentif Trip pada Tahun 2011.Untuk pengetahuan anda, Coway Malaysia akan bagi Insentif Trip kepada ajen-ajen Health Planner mereka pada setiap tahun.Kiranya macam balik ke kampung halaman la pada setiap tahun. Semasa pertama kali saya menjejakkan kaki di sana, di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sahaja, produk penapis air Coway sudah ada di sekeliling ruang legar tersebut. Terdetik di hati rasa bangga bila tengok produk COWAY di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon itu.

Untuk pengetahuan anda ada 3 Syarikat yang mempunyai Pusat Penyelidikan & Pembangunan
 (R&D Centre) di dalam Seoul National University. Yang pertama adalah COWAY, kedua adalah LG dan yang ketiga sebuah syarikat gergasi Oil & Gas Korea Selatan.Disini ada lebih dari 200 orang penyelidik-penyelidik yang membuat kajian untuk membangunkan produk-produk yang berkaitan dengan kesejahteraan & kesihatan manusia. COWAY bukan sahaja pakar dalam bidang air, malahan mereka sudah menceburi bidang-bidang produk yang berbeza dari penulenan air seperti KERUSI URUT, MESIN PENGISAR AIR, VAKUUM TEKNOLOGI, MESIN PENGISAR MAKANAN, MESIN RAWATAN AIR dan banyak lagi

Hari pertama di Korea kami terus dibawa ke R&D Centre COWAY. Sebelum sampai di sana kami sempat singgah makan steambot KOREA Style.







Untuk pengetahuan anda Pusat R&D Coway ini merupakan satu badan yang mengesahkan segala bentuk dan jenis penapis air yang boleh dikeluarkan di Korea Selatan. Semua syarikat yang mengeluarkan Produk Penapis Air & Udara kena menghantar produk mereka ke sini untuk KELULUSAN sebelum dijual kepada masyarakat. Kiranya Pusat R&D Centre COWAY ni merupakan badan yang sah untuk memeberi kelepasan sesuatu produk yang berkaitan dengan air & udara.

Di sini saya dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat segala kecanggihan dan teknologi yang digunakan oleh COWAY di dalam produk-produk mereka. Disini segala produk-produk COWAY akan diuji dan dikaji sebelum dipasarkan kepada masyarakat. Sempatlah saya menagkap beberapa gambar di dalam R&D Centre tersebut secara curi-curi. Sebenarnya kami tidak dibenarkan untuk menangkap sebarang gambar di dalamnya. (*^*)

Kami diberi penerangan dan dibawa untuk melawat ke bilik-bilik dimana setiap produk-produk COWAY ini diuji. Saya diberitahu oleh staf-staf di R&D Centre ini bahawa setiap produk-produk COWAY ini akan melalui hampir 20 jenis ujian sebelum dipasarkan kepada pasaran. Diantara ujian yang dilakukan adalah UJIAN TAHAN LASAK, UJIAN EMOSI PENGGUNAAN, UJIAN KEMUDAHAN PENGGUNAAN, UJIAN KESELAMATAN PENGGUNA & lain-lain lagi.

Selepas ke R&D Centre COWAY, kami dibawa pula ke HEADQUARTERS COWAY di Seoul.
Apa yang membuatkan saya rasa kagum cara orang-orang KOREA bekerja apabila melawat sekitar pejabat HQ COWAY ,ialah mereka mempunyai sebuah tempat untuk melepaskan STRESS & TENSION waktu di pejabat. Menarik bukan?








 Untuk pengetahuan anda air yang keluar dari PENAPIS AIR COWAY mempunyai rasa sedikit manis. Ini adalah kerana salah satu tabung penapis COWAY diperbuat dari tempurung kelapa. Ini menjadikan air yang keluar dari penapis akan menjadi sedikit manis dan sedap diminum begitu sahaja.








Berikut merupakan gambar di dalam " Design Showroom"di Pusat R&D Coway.
Kebetulan masa ini saya berjaya lagi mengambil beberapa gambar untuk tontonan anda.Untuk pengetahuan anda produk-produk berikut merupakan produk prototype yang belum dikeluarkan lagi di dalam pasaran. Anda boleh lihat dimana kehebatan produk Coway di dalam kecanggihan TEKNOLOGI & REKA BENTUK yang ditonjolkan di dalam setiap produk mereka.
Menarik Bukan?
















BEST bukan apabila kalau dekat pejabat mempunyai ruang seperti ini.







 Bersama Pengurus Jualan Team saya, AHMAD LOTFI. Merupakan SIFOO, MANAGER,KAWAN & SAHABAT saya sepanjang 6 tahun saya di COWAY MALAYSIA. 



Di puncak gunung di KOREA. Separuh mati kami memanjatnya. Tapi apabila dah sampai di atas, kepuasan yang dikecapi memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi.Anda harus mencuba sekiranya anda sampai di sana nanti.



Kami juga sempat berjalan di JEJU ISLAND. Banyak tempat yang kami pergi. Ladang Oren, Ladang MADU Lebah dan Muzium Teddy Bear.

Di antara tempat paling favorite ialah LOVE MUSEUM.Disini segalanya adalah berkisahkan 18 SX.Sekiranya anda sampai di sini, jangan bawa anak masuk kedalam, nescaya banyak soalan yang akan anda terima dari anak-anak anda nanti. Di sini juga pertama kalinya saya merasakan pengalaman bermain salji. Kebetulan salji turun dengan lebatnya masa kami sampai di sini. Selalunya tengok dalam tv je, syukur alhamdulillah akhirnya merasa juga merasa salji turun di negara orang. Hujan batu dah selalu di negara sendiri. Betul tak?




Malam terakhir kami di sana kami sempat melihat teater KOREA Style. Memang sepanjang teater selama 2jam tu mata saya tak berkedipan melihat persembahan yang 'AWESOME' daripada mereka.
Sempat juga saya bergambar bersama watak-watak utama pelakon-pelakon mereka.







Sama tak macam saya pelakon ni?  (*^*)







Untuk Penerangan Penuh tentang INFO,PAKEJ & KHIDMAT SERVIS Coway sila layari







No comments:

Post a Comment